fbpx

Lelaki dikecam buat komen jelik berkenaan Adibah Noor tampil mohon maaf

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar hantaran di Facebook terbaharu lelaki berkenaan.

PETALING JAYA – Seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Ibnu Ahmad Ar-Rayyan yang sebelum ini dikecam teruk selepas mempersenda kematian Allahyarham Adibah Noor Mohamed Omar di media sosial tampil memohon maaf atas kata-katanya.

Lelaki terbabit membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi satu hantaran di Facebook dengan nama Ibnu Ahmad Ar-Rayyan lll yang juga dipercayai merupakan akaun terbarunya.

“Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Di sini saya ingin memohon jutaan ampun dan maaf kepada seluruh Ali keluarga almarhum #Adibah_Noor khususnya dan kepada semua rakyat Malaysia amnya serta peminat almarhum khasnya diatas komen saya tempoh hari.

“Saya akui perkara ini atas kejahilan saya sendiri dan saya amat kesal diatas kekilaf saya. Saya berjanji tidak mengulangi lagi di masa hadapan, Insha-Allah. Moga Roh Adibah Noor ditempatkan di kalangan para Solehin,” katanya.

Selain itu, lelaki berkenaan turut memaklumkan bahawa semua akaun Facebook miliknya sebelum ini sudah disekat.

Terdahulu pada Sabtu lalu, negara digemparkan dengan pemergian Adibah Noor yang juga Finalis Gegar Vaganza musim kelapan.

Komen yang ditinggalkan oleh lelaki berkenaan bagaimanapun telah mendapat kecaman orang ramai kerana dianggap tidak menghormati perasaan keluarga Allahyarhamah Adibah Noor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI