fbpx

NSL: Kedah Sunshine akur tersingkir musim depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEDAH terpaksa akur tersingkir daripada saingan NSL musim depan selepas mencatat enam kekalahan daripada tujuh perlawanan.

FAKTOR tuah ternyata tidak menyebelahi Kedah Sunshine sepanjang tujuh aksi Sooka Netball Super League (NSL) 2022 apabila tersingkir daripada saingan dalam edisi sete­rusnya musim depan.

Sebelum musim bermula, Kedah Sunshine antara pasukan disebut-sebut mampu menjadi ‘pengacau’ kepada tiga gergasi bola jaring tanah air ia­itu juara bertahan, Kuala Lumpur (KL) Wildcats, Johor Jewels dan Selangor Angels.

Malangnya, situasi itu tidak berlaku apabila Kedah Sunshine hanya berupaya menca­tat satu kemenangan dan enam kekalahan sekali gus terpe­rosok sebagai dua pasukan tercorot musim ini.

Goal shooter Kedah Sunshine, Siti Aishah Abdul Rahim tetap berpuas hati dengan prestasi keseluruhan mereka terutama suku pertama dan kedua ketika tewas 49-66 kepada Pe­rak Phoenix di Stadium Juara, Bukit Kiara kelmarin.

“Saya masih bangga dengan kawan-kawan kerana kami sudah cuba bermain sehabis daya walaupun kami duduk di tangga ketujuh sekarang.

“Sebenarnya prestasi kami tak menurun, cumanya kami ada 15 pemain. Setiap ming­gu kami akan membuat penggiliran pemain kerana Kedah turunkan ramai pemain muda.

“Sudah tentu kemena­ngan paling utama, tetapi kami cuba juga bagi peluang kepada pemain-pemain baru untuk bermain di NSL sebagai pendedahan berguna buat mereka,” katanya.

Ketiadaan tonggak pertahanan, Noor Maslydia Mashor pada pertengahan musim selepas mengalami kecederaan serius patah tangan kiri dilihat antara faktor kepada penurunan prestasi Kedah Sunshine.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI