fbpx

Wanita 90 tahun lawan beruang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALTHA Williams diserang seekor beruang betina di anjung rumahnya. - WVLT

SEVIERVILLE, TENNESSEE – Seorang warga emas berusia 90 tahun di Amerika Syarikat bertindak nekad melawan seekor beruang yang menyerangnya di kediamannya, lapor akhbar Daily Star, semalam.

Altha Williams sedang berehat di rumahnya di Sevierville, Tennessee pada Rabu lalu apabila seekor beruang menghampiri anjung rumahnya lalu menerpa ke arahnya.

Wanita itu berkata, beruang betina tersebut berada betul-betul di hadapan wajahnya. 

Dia kemudian menggunakan kerusi untuk menghalang haiwan itu daripada mendekatinya. Anak-anak beruang tersebut dikatakan berada berdekatan dengan rumahnya.

“Saya baru sahaja duduk selama dua hingga tiga minit. Jelas sekali ia mendengar kehadiran saya lalu menyerang,” kata Williams kepada stesen televisyen WVLT.

Warga emas itu berjaya menyelamatkan diri walaupun mengalami kesan luka kecil pada lengannya.

Selepas berada di hospital buat seketika, dia dibenarkan pulang ke rumah. 

Williams berkata, dia sebelum ini pernah menemui beruang lain di rumahnya yang datang dari Taman Negara Smoky Mountains.

“Pada tahun lalu, saya didatangi seekor beruang bersama tiga anak. Ia mungkin beruang yang sama, tetapi tidak pernah mengganggu saya,” katanya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI