fbpx

China lancar kapal induk buatan tempatan pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pelancaran kapal pengangkut pesawat pertama buatan China sepenuhnya di limbungan kapal Shanghai, baru-baru ini. - Bangkok Post

BEIJING – China memperkenalkan kapal pengangkut pesawat ketiga dan yang pertama direka bentuk dan dibina di dalam negara oleh tenaga kerja republik berkenaan, lapor portal berita MailOnline.

Kapal pengangkut itu diberi nama Fujian iaitu wilayah yang terletak berdepan dengan Taiwan.

Fujian mempunyai saiz sama dengan kapal induk nuklear Tentera Laut Amerika Syarikat (AS),  Nimitz dan merupakan sebahagian daripada pemodenan armada China.

Dilancarkan di kawasan limbungan kapal Shanghai, Fujian dilaporkan memiliki teknologi lebih canggih dan lebih maju dari berbanding kapal induk  sebelumnya.

Kapal pengangkut kategori Type 003 itu adalah yang pertama mempunyai dek penerbangan penuh dengan sistem pelancaran lastik jenis elektromagnet.

Ia bermakna kapal induk berkenaan boleh membawa lebih banyak jenis pesawat dan muatan senjata.

Bagaimanapun, China  masih jauh untuk menyaingi AS yang mempunyai 11 kapal induk gergasi berkuasa nuklear walaupun telah mengatasi Britain.

Pengumuman pelancaran kapal pengangkut pesawat itu dibuat ketika ketegangan dengan AS semakin meruncing disebabkan  isu Taiwan dan tuntutan Beijing terhadap Laut China Selatan.

Semasa majlis pelancaran berlangsung, berpuluh-puluh anggota tentera laut berbaris di hadapan kapal Fujian dan menyanyikan lagu kebangsaan. Majlis itu turut dihadiri beberapa pegawai kanan termasuk Naib Pengerusi Suruhanjaya Tentera Pusat, Xu Qiliang.

Penganalisis pertahanan syarikat risikan Janes,  Ridzwan Rahmat yang berpangkalan di Singapura berkata, pelancaran kapal Fujian  menandakan peristiwa bersejarah untuk tentera China.

“Ini membuktikan bahawa jurutera China mampu membina armada lengkap termasuk kapal perang jenis korvet, frigat, kapal pemusnah, kapal serangan amfibia dan kini, kapal pengangkut pesawat.

 “Keupayaan untuk membina kapal perang yang sangat kompleks sudah pasti akan mengubah industri pembinaan kapal China,” kata Ridzwan.

Kapal induk itu dijangka beroperasi sepenuhnya menjelang 2025. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI