fbpx

Aminah kunci kemenangan Selangor Angels

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMINAH (tengah) menjadi watak penting dalam kemenangan 59-50 Selangor Angels ke atas Pahang Tulips pada aksi NSL di Stadium Juara sebentar tadi. - AFIQ RAZALI

KUALA LUMPUR – Goal shooter Selangor Angels, Siti Aminah Ahmad terus menunjukkan kehebatannya apabila memainkan watak penting ketika menewaskan Pahang Tulips di Stadium Juara, Bukit Kiara sebentar tadi.

Pemain berusia 28 tahun itu menjadi penjaring utama buat Selangor Angels yang mencatat kemenangan 59-50 dalam pertarungan sengit dengan Pahang Tulips pada aksi Sooka Netball Super League (NSL) 2022.

Aminah yang tidak pernah beraksi di pentas antarabangsa, masih dapat mencuri tumpuan ramai melalui prestasinya yang sangat memukau sepanjang musim ini.

Ketenangan permainan dan ketepatan balingan jarak jauh ditunjukkan Aminah terutama dalam aksi sebentar tadi seperti menggambarkan dia layak mendapat panggilan dalam skuad kebangsaan selepas ini.

Gandingan mantap dengan goal attack Selangor Angels, Karishma S. Loganathan yang merupakan anggota skuad kebangsaan, juga menjadi kunci kecemerlangan skuad bimbingan Azizah Abu itu.

FOKUS Maisarah (tengah) sedikit terganggu disebabkan kecederaan lama ketika tewas 50-59 kepada Selangor Angels pada aksi NSL di Stadium Juara sebentar tadi. – AFIQ RAZALI

“Kami berdua sudah buat yang sehabis baik. Mungkin kami perlu tingkatkan dari segi penggiliran kedudukan supaya ia boleh memberikan lagi kesukaran kepada pertahanan pasukan lawan,” kata Karishma.

Kemenangan itu membolehkan Selangor Angels mengekalkan kedudukan di tempat ketiga dengan 15 mata, tiga mengatasi Pahang Tulips di tangga keempat.

Sementara itu, goal attack Pahang Tulips, Siti Maisarah Affandi menjelaskan, kecederaan lutut kanan pernah dialaminya kembali menghantui dirinya yang sedikit sebanyak menjejaskan fokus permainannya.

“Mungkin juga kami kurang dari segi tahap kecergasan untuk bertahan sehingga suku terakhir permainan. Kami sepatutnya bermain lebih bertahan, jangan terlalu ikut rentak pasukan lawan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI