fbpx
Sebahagian daripada 20 ekor kucing baka Maine Coon yang terbiar selama dua minggu selepas tuannya meninggal dunia tanpa disedari jiran. - Newsflash

20 kucing makan tuan sendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW – Mayat seorang wanita menjadi  makanan kepada 20 ekor kucing peliharaannya selepas dia rebah dan meninggal dunia di dalam rumah tanpa disedari oleh  jiran tetangga, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Mangsa yang merupakan penternak kucing, sudah mati selama dua minggu sebelum ditemui oleh pihak berkuasa dengan separuh mayatnya  dimakan oleh kucing baka Maine Coon gergasi kesayangannya.

Polis menemui sebahagian lagi mayat mangsa dikelilingi beberapa kucing lain yang kelaparan. Insiden tragis itu berlaku di Bataysk, Rusia.

Kematian mengerikan itu hanya disedari selepas seorang pekerja menghubungi polis apabila wanita itu gagal dihubungi.

Kucing Maine Coon umumnya memiliki  sifat pasif dan digelar sebagai ‘gergasi lembut’.

Namun, kumpulan kucing comel itu bertukar agresif apabila tidak mendapat makan dan minum selama dua minggu sehingga terpaksa memakan daging mayat tuannya sendiri.

Beberapa kucing itu yang dirawat dan kembali sihat, kemudiannya dijual kepada pemilik baharu pada harga sekitar AS$38.86 (RM162.22).

Tidak diketahui sama ada pemilik baharu dimaklumkan bahawa haiwan peliharaan mereka pernah makan daging manusia. – Agensi

POPULAR