fbpx

Junior jelaskan kontroversi rai kemenangan di kelab malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman video yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Sebuah video memaparkan beberapa individu dipercayai pemain skuad Harimau Malaya sedang meraikan kejayaan mara ke pusingan akhir Piala Asia 2023 di kelab malam tular di media sosial.

Menerusi video berdurasi lapan saat itu, antara pemain yang dipercayai berada dalam rakaman tersebut ialah Junior Eldstal, La’Vere Corbin-Ong, Dominic Tan dan Darren Lok.

Turut menarik perhatian netizen ialah ‘kelibat’ seorang lelaki dipercayai pemain kebangsaan beragama Islam turut berada di lokasi itu sambil memegang sebatang rokok.

Susulan video itu, Junior tampil untuk menjelaskan perkara sebenar kepada portal Harimau Malaya selepas video berkenaan tersebar.

“Saya tahu ramai salah faham dengan video tersebut terutama di sini (Malaysia) yang boleh memperlihatkan tidak baik. Saya tidak boleh komen dengan lebih lanjut mengenai video itu, tetapi terdapat pemain-pemain bukan muslim bersama.

“Apabila sesuatu yang berlaku seperti ini iaitu berjauhan dengan keluarga dan rakan selama sebulan dan kemudian berjaya mengecapi kejayaan, ia satu momen yang cukup bahagia untuk kami keluar dan meraikannya,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI