fbpx

Pemilik stesen minyak, pemandu lori bersekongkol seleweng diesel subsidi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar ihsan KPDNHEP Perak.

BERUAS – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perak menahan dua lelaki termasuk pemilik stesen minyak selepas disyaki terlibat dalam penyelewengan minyak diesel bersubsidi di Pantai Remis, tengah hari semalam.

Pengarah KPDNHEP Perak, Saifullizan Kamarul Zaman berkata, kedua-dua lelaki berusia 20-an dan 53 tahun itu ditahan sepasukan pegawai penguat kuasa KPDNHEP Cawangan Manjung dalam serbuan di sebuah stesen minyak di Pantai Remis kira-kira pukul 12 tengah hari.

“Penahanan itu dilakukan hasil aduan dan risikan pihak kami terhadap pihak tersebut yang dipercayai melakukan tindakan tersebut sejak kira-kira lima bulan lalu,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut beliau, siasatan mendapati penyelewengan itu dilakukan dengan cara menggunakan sebuah lori tangki yang sama mengisi diesel di stesen minyak tersebut berulang kali sebelum dipindahkan ke kenderaan lain.

“Hasil pemeriksaan dan siasatan awal mendapati kedua-dua premis perniagaan stesen minyak dan pemborong barang kawalan diesel itu disyaki adalah individu sama dan pernah mempunyai rekod kesalahan lampau dengan KPDNHEP,” jelasnya lagi.

Serentak itu juga, Saifullizan memberitahu sebanyak 23,200 liter diesel, sebuah lori tangki, tiga skid tank serta dua nozel dan pam minyak diesel keseluruhannya bernilai RM202,000 disita.

Beliau memaklumkan aktiviti penyelewengan itu disyaki dilakukan kerana mahu mengaut keuntungan berlebihan kerana harga minyak diesel komersial ketika ini mencecah hampir RM5 seliter, sedangkan diesel bersubsidi di stesen minyak dijual pada harga RM2.15 seliter.

Tegas beliau, kes itu disiasat di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI