fbpx

120 kenderaan musnah, stor lama terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba memadamkan kebakaran di stor kenderaan lama di Jalan Bendahara, Kampung Temiang, Ipoh hari ini.-IHSAN JBPM PERAK

IPOH – Sebanyak 120 kereta yang diletakkan di stor kenderaan lama di Jalan Bendahara, Kampung Temiang di sini, musnah dalam kebakaran pagi tadi.

Kejadian sekitar pukul 10.30 pagi itu bagaimanapun tidak membabitkan kecederaan atau kemalangan jiwa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pasir Puteh, Mohamad Fadzeli Che Husin berkata, anggota dari BBB Pasir Puteh dibantu BBP Ipoh digerakkan ke lokasi kejadian bagi melakukan operasi pemadaman.

Katanya, setibanya di lokasi, api sedang marak dan anggota mengambil masa kira-kira 10 minit bagi mengawal kebakaran daripada merebak.

“Kebakaran itu berjaya dipadamkan sepenuhnya pada pukul 1.34 tengah hari. Punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.

“Operasi memadam kebakaran menghadapi kesukaran kerana perlu mendapatkan sumber air yang jauh ekoran pili bomba berhampiran tidak berfungsi,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut beliau, kejadian itu menyebabkan kesemua kereta musnah kira-kira 80 peratus.

“Operasi itu melibatkan kekuatan 35 pegawai dan anggota selain bantuan jentera ‘prime mover’ dari BBP Kuala Kangsar dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pekan Baru, Pasir Pinji serta Menglembu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI