fbpx

Selekoh perangkap maut, pasang papan tanda amaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PIHAK berkuasa tempatan diminta memasang tanda amaran selekoh berbahaya di Jalan Tun Dr. Awang, Bayan Lepas, Pulau Pinang.

SAUDARA PENGARANG,

PENGGUNA jalan raya yang melalui Jalan Tun Dr. Awang sudah pasti menyedari betapa bahayanya satu selekoh menuju ke bulatan berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di Bayan Lepas.

Selekoh berkenaan boleh dianggap perangkap maut kerana kerap berlakunya kemalangan melibatkan pengguna motosikal, kenderaan dan pejalan kaki.

Banyak nyawa telah terkorban daripada kejadian langgar lari sehinggalah terbabas sendiri.

Selekoh berkenaan memang dianggap begitu berbahaya bagi pengguna jalan raya dari arah Bukit Ayun.

Bagaimanapun sehingga kini tiada satu pun papan tanda apatah lagi lampu isyarat diletakkan bagi memberi amaran kepada pengguna jalan raya berhubung selekoh berbahaya berkenaan.

Tindakan agresif perlu dilakukan wakil rakyat atau pihak berkuasa bagi mengelakkan lebih banyak pengguna kehilangan insan tersayang dan penyumbang kepada kemalangan maut.

Sampai bila kita mahu meratapi kematian akibat siri kemalangan di lokasi berkenaan?

ANAK ANTOO PENANG
Bayan Lepas, Pulau Pinang

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI