fbpx

Lebuh Raya Timur-Barat tidak terjaga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lebuh raya tersebut. FOTO: IHSAN MEDIA SOSIAL

PETALING JAYA – Lebuh Raya Timur-Barat yang dibina sejak tahun 1967 itu kerap terganggu akibat perbuatan pengganas komunis pada waktu itu.

Sebanyak RM296 juta digunakan untuk menyiapkan projek gergasi ini untuk memudahkan perhubungan darat antara pantai timur dengan pantai barat.

Sudah 55 tahun sejak pembinaan lebuh raya tersebut namun keadaan jalan di Lebuh Raya Timur-Barat sudah tidak terjaga.

Melalui perkongsian Mat Yoe di Facebook, dia berkongsi tentang pengalamanya semasa melalui jalan di lebuh raya itu.

“Tidak tahu mahu mengadu pada siapa, sudah 10 tahun ulang-alik begini jalannya.

“Lubang macam tampal dengan kaki, garisan putih tiada memang pemandangan biasa di sini. Lampu jalan juga memang tiada,” tulisnya.

Tambahnya, gambar jalan yang elok yang dipaparkan di media sosial cuma 30 peratus dari keseluruhan jalan ini. 70 peratus lagi jalan penuh dengan lubang dan tiada garisan putih di kiri, tengah serta kanan jalan.

Orang ramai yang mempunyai pengalaman menggunakan Lebuh Raya Timur-Barat ini juga sempat meninggalkan komen.

“Saya sudah 12 tahun lalu jalan ini, Perlis ke Kuala Terengganu, rasanya yang berubah sikit cuma tandas dekat banjaran sahaja, daripada tiada lampu, sudah ada lampu tetapi jalan raya itu tidak berubah,” tulis Ummil Mu’minah Hj Yusof.

“Minggu lepas lalu malam memang bahaya, garisan putih tiada dan lampu reflektif juga tiada. Tar jalan sudah banyak lubang,” ujar Azlan Abd Ghani .

“Sepanjang 5 tahun kahwin dengan orang utara, baru 4,5 kali suami saya bawa balik kereta Audi dia balik Kelantan sebab keadaan jalan yang teruk. Dengan lubang yang banyak, garisan putih tiada. Memang bahaya sangat lagi-lagi waktu malam,” komen Nuri Nur. – KOSMO ONLINE!

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI