fbpx

1,709 kes Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Negara mencatatkan penurunan kes Covid-19 dengan 1,709 kes termasuk tiga kes import, menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 4,524,727 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sebanyak 1,746 kes sembuh direkodkan semalam dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,466,304 kes.

“Kesemua kes harian tersebut dilaporkan di Selangor (660), Kuala Lumpur (411), Perak (122), Pulau Pinang (131), Negeri Sembilan (89) dan Putrajaya (52).

“Ia diikuti oleh Melaka (48), Johor (43), Sabah (38), Sarawak (35), Kedah (30),Pahang (27), Kelantan (10), Perlis (7), Terengganu (6) manakala tiada jangkitan baharu di Labuan,” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Dalam masa sama, dua kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,711 kes serta tiada kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes kekal BID 7,573 kes.

Sebanyak 22,712 kes aktif dilaporkan melibatkan 21,707 kes dikuarantin di rumah, 25 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 956 kes di hospital, 10 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 14 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI