fbpx

Saiz fizikal bukan halangan, pegang status jutawan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENYANYI antarabangsa (dari kiri) Sean Kingston, Lizzo dan DJ Khaleed antara individu yang berpengaruh dalam dunia hiburan Hollywood.

BENTUK tubuh seseorang bukanlah penghalang mereka untuk berjaya dalam apa bidang sekalipun yang dikecapi. Dalam lapangan seni antarabangsa, ramai antara pelakunya bertubuh gempal, namun ‘diangkat’ sama seperti mereka yang berbadan langsing tanpa skeptikalisme.

Sekalipun segelintir orang beranggapan negatif apabila mereka memiliki saiz badan ‘ideal’, itu tidak menjadi penghalang untuk te­rus berpeluk tubuh dan tunduk dengan resmi dunia seni yang kadang-kadang diakui, agak berat sebelah, memilih rupa paras dan sebagainya.

Justeru, demi mengangkat semangat ‘body positivity’, Gala merangkumkan beberapa selebriti popular yang bukan hanya menambat hati peminat dunia, namun turut bergelar hartawan dengan pendapatan seni masing-masing.

SEAN KINGSTON

Pernah mencipta fenomena seluruh global suatu ketika dahulu menerusi lagu Beautiful Girls, barangkali nama Sean Kingston sekarang tidak lagi gah sewaktu debutnya iaitu sekitar 2007.

Pun begitu, pemilik nama sebenar Kisean Paul Anderson itu pernah menjadi bintang yang sangat mendunia. Lagu Beautiful Girls pernah menghuni tangga 10 teratas Billboard Hot 100 dan meroket di carta popular beberapa buah negara.

Popularitinya membuka ruang dia menjalin kerjasama dengan artis gred A seperti Justin Bieber menerusi lagu Eenie Meenie.

Ketika itu, pendapatan bersihnya dianggarkan AS$2 juta (RM8 juta).

Malangnya kini, nilai kekayaan Sean hanya berjumlah AS$500,000 (RM2.15 juta) disebabkan pengurusan kerjaya yang sedikit terumbang-ambing.

SUSAN BOYLE

Mengejutkan dunia menerusi penyertaan dalam program realiti Britain’s Got Talent musim ketiga, mendendangkan lagu I Dreamed a Dream dari Les Misérables, Susan Boyle atau nama sebenarnya Susan Magdalane Boyle menjadi bukti bahawa rupa paras bukan segala-galanya.

Ketika zaman kanak-kanak dan persekolahan, dia sering menjadi mangsa buli kerana fizikal dan penyakit autisme.

SUSAN BOYLE

Alasannya tidak berkahwin sehingga sekarang kerana menjaga mendiang ibunya, Bridget Boyle yang meninggal dunia pada 2007.

Biarpun wajahnya kini jarang terpampang di dada akhbar mahupun kaca televisyen, kekayaan Susan sekarang dianggarkan berjumlah AS$40 juta (RM172 juta).

DJ KHALEED

DJ Khaleed tidak pernah menjadikan saiz badannya sebagai halangan untuk dia menjadi penerbit album paling berjaya di AS.

Merupakan seorang Muslim, Khaleed sudah bekerjasama dengan ramai bintang gred A seperti Drake, Rihanna, Lil Baby, SZA, Cardi B dan Beyonce.

Terkenal dengan signatur frasa ‘we the best’ menerusi muzik hip-hop, pendapatan bersih Khaleed dianggarkan berjumlah AS$75 juta (RM322.5 juta).

LIZZO

Kini popular dengan single terbaharu berjudul About Damn Time, Lizzo atau nama sebenarnya, Melissa Viviane Jefferson merupakan penyanyi, rapper dan penulis lagu Amerika Syarikat (AS).

Berusia 34 tahun, Lizzo antara figura popular dunia yang sangat bangga dengan badan gempalnya.

Dalam Instagram, bekas pelajar University of Houston itu tidak segan menayang badannya dan sentiasa percaya, semua wanita cantik tidak kira apa saiz fizikal mereka.

Mula aktif menyanyi pada 2010, kebanyakan lagu yang dirakamkannya sentiasa mendapat sambutan dan mendaki carta lagu popular dunia termasuklah Juice, Good as Hell dan Truth Hurts.

Dianggarkan pendapatan bersih figura kulit hitam itu menjangkau AS$12 juta (RM51.6 juta).

CEELO GREEN

Terkenal lagu Forget You yang menjadi siulan ramai 10 tahun lalu, CeeLo Green atau nama sebenarnya, Thomas DeCarlo Callaway tidak pernah kisahkan apa orang kata tentang saiz fizikalnya.

CEELO GREEN

Apa yang penting, dia sangat cemerlang dalam perkara yang dikerjakan termasuklah menerusi single Forget You sehingga menjadi antara yang terlaris ketika diluncurkan pada 2010.

Lagu tersebut meraih kejayaan komersial luar biasa dengan menduduki tangga 10 teratas di 13 buah negara dan berada di posisi nombor dua dalam carta Billboard Hot 100.

Pernah menjadi juri program realiti The Voice untuk beberapa musim, pendapatan bersih CeeLo kini dianggarkan berjumlah AS$10 juta (RM43 juta).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI