fbpx

[KEMASKINI] : Lawan arus punca kemalangan empat maut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta dan antara mangsa yang maut dalam kemalangan di NKVE, pagi tadi

SHAH ALAM – Lawan arus menjadi punca mengorbankan empat individu dalam kemalangan melibatkan dua buah kereta di Kilometer 12.8 Lebuh Raya Baru Lembah Klang (NKVE) pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mereka yang maut dikenali P. Puvaaneshwaran, 28, yang memandu kereta jenis Proton Wira Aeroback.

Tiga lagi mangsa yang terkorban adalah Lai Mun Fai, 28; Eng Siew Hooi, 31 dan Leong Man Yuen,27. Manakala seorang lagi rakan mereka iaitu Heng Chan Yee, 28, parah.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, berdasarkan siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila Proton Wira Aeroback dipandu Puvaaneshwaran secara melawan arus dari Kuala Lumpur ke Klang.

Katanya, empat sekawan itu pula menaiki Proton Wira Sedan yang dipandu Lai Mun Fai.

“Kenderaan mereka bertembung dengan kedua-dua pemandu kenderaan itu maut di lokasi kejadian bersama dua lagi penumpang Proton Wira Sedan.

“Manakala seorang lagi penumpang Proton Wira Sedan itu parah. Kesemua mayat dihantar ke Hospital Shah Alam untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, berdasarkan daripada keterangan waris Mun Fai mendapati empat sekawan itu dalam perjalanan ke Pulau Pinang.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kosmo! terdahulu melaporkan empat individu maut selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan di NKVE, susur keluar dari arah Subang menghala Kelana Jaya awal pagi tadi. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI