fbpx

MYTV tawar kandungan menarik dan percuma, tanpa langganan bulanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MYTV menawarkan perkhidmatan pemasangan pada kadar harga promosi serendah RM99.

PETALING JAYA – Penyedia platform saluran TV percuma, MYTV Broadcasting (MYTV) komited dalam memberikan pelbagai kandungan program hiburan terbaik buat penonton.

Tidak sekadar menyajikan pelbagai kandungan bervariasi, MYTV satu-satunya penyedia perkhidmatan tempatan yang menawarkan kandungan program televisyen secara percuma kepada seluruh rakyat Malaysia.

Di kala negara masih dihimpit pandemik maut tidak diundang bernama Covid-19, ramai yang kehilangan sumber pendapatan disebabkan hilangnya pekerjaan.

Justeru, perbelanjaan yang tidak perlu harus disingkirkan dalam mengawal kewangan keluarga.

Pun begitu, komitmen bulanan seperti membayar bil utiliti dan lain-lain kos tetap perlu dilunaskan walau apa pun terjadi.

Menyedari dan memahami situasi getir tersebut, MYTV komited menawarkan siaran televisyen kegemaran buat semua secara percuma tanpa sebarang bayaran bulanan.

Tidak hanya menyajikan kandungan cerita tempatan, MYTV juga turut menawarkan naskhah hebat penuh kualiti yang dibawa dari luar negara untuk tontonan semua.

Paling menarik, kandungan siaran yang ditawarkan mengikut peringkat umur dari kanak-kanak, remaja, dewasa hingga ke tua dalam satu platform interaktif.

Pertama, pastilah ia percuma tanpa yuran langganan. Bagi penonton, mereka tidak perlu membayar sebarang yuran bulanan dan ia disediakan secara percuma seperti mana siaran televisyen sebelum ini.

Keduanya, pemasangan MYTV juga boleh dilakukan sendiri dengan mengikuti langkah-langkah mudah yang disediakan melalui laman sesawamg rasmi MYTV Broadcasting.

Ketiganya, imej yang ditawarkan dalam setiap kandungan lebih jelas, tajam dengan audio berkualiti tinggi kerana MYTV menjanjikan resolusi dalam kualiti tinggi.

Tidak setakat itu, MYTV turut komited dalam menambah perkhidmatan dan bilangan saluran sedia ada dari semasa ke semasa.

Hingga kini, MYTV mempunyai 28 saluran televisyen dan radio serta bilangan tersebut akan ditambah lebih banyak pada masa hadapan.

MYTV juga menawarkan pelbagai pilihan bahasa dan akses Panduan Program Elektronik sekali gus memberi pengalaman lebih menyeronokkan buat penonton.

Akhir sekali, pasti anda tertanya-tanya, bagaimanakah untuk mendapatkan akses kepada siaran televisyen percuma ini?

Tidak perlu gusar dan jangan susahkan diri anda kerana MYTV akan bantu proses pemasangan dari awal sampailah siap pada kadar harga promosi pemasangan serendah RM99 (pemasangan IDTV termasuk antena bagi Semenanjung Malaysia).

Maklumat dan info lanjut berkaitan MYTV dan proses pemasangan, bolehlah melayari www.mytvbroadcasting.my atau hubungi pusat khidmat pelanggan di talian 1300 80 6988. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI