fbpx

Lee Se-young gusar berat badan naik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEE SE-YOUNG

AKTRES jelita Lee Se-young baru-baru ini mendedahkan kebimbangan berhubung kenaikan berat badannya sebanyak 8 kilogram (kg) sebelum ini.

Katanya, berat badannya mula naik ketika sibuk menjalani penggambaran bagi drama bersiri popular lakonannya, The Red Sleeve sebelum ini.

Pun begitu, para peminat menyatakan bahawa kenaikan berat badannya itu langsung tidak memberi apa-apa kesan terhadap bentuk badannya yang masih kelihatan langsing sampai ke hari ini.

“Saya tak tahu bahagian mana yang naik 8kg itu. Macam sama saja tak ada perubahan pun.

“Dia tetap nampak langsing dan menawan. Kalau naik 10kg sekali pun dia tetap cantik di mata kami semua,” komen peminat.

Dalam perkembangan lain, Se-young kini sibuk dengan penggambaran drama terbaru, The Law Cafe dan beberapa naskhah lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI