fbpx

Kajian dakwa pendek usia jika guna telefon terlalu lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PROSES dalaman badan akan terganggu dengan penggunaan telefon selama berjam-jam. - Shutterstock

NOVATO, CALIFORNIA – Satu kajian baharu mendapati bahawa penggunaan telefon pintar selama berjam-jam boleh memendekkan jangka hayat manusia, lapor laman berita Wion News semalam.

Laporan media mengenainya memetik pakar-pakar di Institut Penyelidikan Buck Mengenai Penuaan di California, Amerika Syarikat menjelaskan bahawa aktiviti berkenaan juga boleh merosakkan mata dan memberi kesan kepada proses badan yang lain. 

Pendedahan mata terhadap cahaya daripada skrin telefon pintar didapati boleh mengganggu kitaran tidur di samping memburukkan lagi penyakit kronik, kata pasukan penyelidik. 

Sistem pertahanan mata adalah kuat berbanding organ lain memandangkan ia sentiasa terdedah kepada persekitaran luar.

Apabila sistem pertahanannya menjadi terlalu aktif disebabkan oleh pendedahan kepada cahaya melalui telefon pintar pada setiap hari, ia boleh mengganggu proses dalaman badan dan membahayakan organ lain.

“Merenung pada skrin komputer dan telefon pintar menyebabkan kita terdedah kepada pencemaran cahaya, malah keadaan tersebut  sangat mengganggu kitaran biologi.

“Ia merosakkan perlindungan untuk mata serta memberi kesan terhadap penglihatan, merosakkan seluruh badan dan otak,” kata seorang profesor dan pakar pemakanan dari Institut Buck, Dr. Pankaj Kapahi. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI