fbpx

Tular aksi selamba pemandu kereta menyelit depan lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar aksi berani pemandu Honda Jazz yang dirakam dashcam sebuah lori.

PETALING JAYA – Tindakan berani seorang pemandu kereta menukar lorong secara tiba-tiba dengan menghimpit sebuah lori tular di media sosial sejak semalam.

Menerusi video perkongsian @ahcot12 di laman TikTok, kejadian itu memaparkan sebuah kereta jenis Honda Jazz cuba menyelit dari arah kiri sebuah lori.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di Tol Bandar Saujana Putra dan berjaya dirakam oleh kamera papan pemuka pemilik lori berkenaan.

Rakaman video tersebut mendapat 123,600 jumlah tontonan dan 327 komen daripada pengguna di TikTok.

Rata-rata orang ramai meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen dan ada antaranya menganggap tindakan lelaki berkenaan tidak bertanggungjawab atas kesalahan yang telah dilakuka.

“Nasib ada cctv boleh buat bukti,” komen seorang pengguna.

“Seeloknya lori wajib ada ‘dashcam’ boleh dijadikan sebagai bukti bila berlaku macam ini. Baru tahu siapa betul siapa salah,” luah seorang lagi pengguna.

“Dia tak belajar undang-undang jalan raya ke? Memang tak boleh menyelit bila ada lori,” kata pengguna lain pula. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI