fbpx

HFMD: Gelombang jangkitan turun dua hingga tiga minggu lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Khairy Jamaluddin (tiga dari kiri) menerima replika sumbangan peralatan perubatan ketika Program Pembangunan Ekonomi dan Sosial 2020 untuk Malaysia di HSB, Alor Setar hari ini. /FOTO SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Gelombang kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) di negara ini dijangka menurun dalam masa dua hingga tiga minggu lagi

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, kes jangkitan HFMD biasanya berlaku secara bermusim dan ia akan meningkat sehingga menjadi gelombang sebelum turun dengan signifikan dalam masa kurang sebulan.

“Apabila ramai kanak-kanak terdedah kepada virus-virus tersebut, maka ia akan menjadikan tahap imuniti (kanak-kanak) meningkat seterusnya bilangan kes akan turun.

“Selain itu, intervensi daripada segi kebersihan kendiri, taska dan pusat asuhan juga membantu dalam menurunkan kes,” katanya sidang akhbar selepas menghadiri Majlis Penyerahan Sumbangan Peralatan Perubatan daripada Kerajaan Jepun melalui Bantuan Geran Jepun untuk Program Pembangunan Ekonomi dan Sosial 2020 untuk Malaysia di Hospital Sultanah Bahiyah di sini hari ini.

Menurut beliau, Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengenal pasti teori peningkatan kes HFDM secara mendadak.

“Salah satunya adalah pembukaan semula tadika dan taska. Tetapi jika dibandingkan dengan tahun 2019, kes pada tahun ini agak tinggi berbanding semasa pra pandemik Covid-19.

“Ini disebabkan kanak-kanak tidak keluar selama dua tahun, jadi bila tidak terdedah kepada virus-virus ini, tahap imuniti mereka akan menurun kerana tidak pernah jumpa dengan virus tersebut,” jelasnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI