fbpx
Kesan rekahan di kawasan padang kawad Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas yang dikesan pada Jumaat lalu. FOTO IHSAN MTD PENGKALAN PASIR

Padang kawad balai bomba Pasir Mas merekah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS – Padang kawad di Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas di sini dikesan mengalami rekahan tanah pada Jumaat lalu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Zainal Madasin berkata, kesan tersebut mula dilihat pada pukul 11 malam oleh anggota bomba yang sedang bertugas di balai berkenaan.

Menurutnya, JBPM Kelantan telah memaklumkan perkara itu kepada Jabatan Pengairan dan Saliran dan Jabatan Kerja Raya untuk tindakan lanjut.

“Rekahan itu ia dikhuatiri akan memberi kesan kepada kawasan lain.  Walau bagaimanapun segala tugasan masih berjalan seperti biasa.,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini.

Difahamkan, rekahan itu dipercayai berpunca daripada kesan gelinciran tanah yang berlaku di Kampung Pohon Celagi di sini pada 17 Februari 2021. – KOSMO! ONLINE

POPULAR