fbpx

Menteri Luar Saudi lawat Malaysia bincang isu serantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wisma Putra

PUTRAJAYA – Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah bakal menerima lawatan sulung rasmi Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal Farhan selama dua hari yang bermula hari ini.

Menurut kenyataan Wisma Putra, mereka berdua akan mengadakan mesyuarat dua hala bagi merangka hala tuju hubungan Malaysia-Arab Saudi yang sedia kukuh sejak sekian lama lagi.

“Kedua-dua menteri tersebut akan turut bertukar-tukar pandangan berhubung pelbagai isu serantau dan antarabangsa berkepentingan untuk dua negara,” kata Kementerian Luar di sini.

Yang di-Pertuan Agong serta Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut dijadualkan menerima kunjungan hormat daripada Putera Faisal pada esok.

Beliau juga bakal bertemu berasingan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein serta Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Azmin Ali.

Kenyataan itu menambah, Malaysia dan Arab Saudi telah lama menjadi rakan kongsi serta kerjasama dalam pelbagai bidang yang terus berkembang termasuk isu wabak Covid-19. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI