fbpx

Dunia glamor memenatkan Sonali Bendre

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SONALI BENDRE

AKTRES Sonali Bendre mengakui penat bergelar seorang pelakon apabila perlu sentiasa tampil dengan imej glamor semata-mata untuk menjaga hati peminat.

Ujar pelakon berusia 47 tahun itu, dia mahu mengubah persepsi masyarakat supaya tidak melihat seseorang pelakon wanita sentiasa perlu tampil dengan imej memukau.

“Saya penat apabila perlu sentiasa tampil glamor demi peminat. Saya rasa perkara ini perlu diubah kerana selebriti juga manusia dan mempunyai perasaan.

“Saya tidak rasa penampilan glamor akan mempengaruhi persepsi masyarakat terhadap dunia artis,” katanya.

Kata pelakon yang pernah membintangi filem Duplicate itu lagi, ada masanya dia tidak mahu bersolek sewaktu keluar rumah, namun tidak boleh berbuat demikian kerana pasti akan dikecam peminat.

“Untuk menjaga hati peminat, saya terpaksa menuruti apa yang mereka mahukan. Tidak mengapa asalkan mereka gembira,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI