fbpx

Kedah Sunshine kutip tiga mata pertama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemain tengah (C) Kedah Sunshine, Nas Syafiqah Sabri (kanan) cuba merebut bola dengan pemain Melaka Mystic pada aksi Sooka Netball Super League (NSL) di Stadium Juara, Bukit Kiara hari ini.

KUALA LUMPUR – Pertemuan dua pasukan tercorot Sooka Netball Super League (NSL) 2022 menjadi milik Kedah Sunshine selepas melakar kemenangan 53-41 ke atas Melaka Mystic pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Juara, Bukit Kiara sebentar tadi.

Kemenangan itu sekali gus menyaksikan skuad kendalian Huslina Mohd. Hussain mencatat kemenangan pertama musim ini selepas tewas dalam tiga perlawanan terdahulu menentang Johor Jewels, Selangor Angels dan Negeri Sembilan Venom.

Meskipun menemukan dua pasukan tercorot, namun perlawanan tetap berlangsung menarik memandangkan Kedah dan Melaka terdesak untuk melakar kemenangan pertama bagi mencerahkan peluang kekal dalam saingan NSL musim depan.

Pada aksi suku masa pertama, Melaka memulakan permainan dengan langkah kanan apabila mendahului perlawanan, namun Kedah berjaya menyusun semula strategi dan menamatkan suku masa tersebut dengan memimpin 13-10.

Bersambung suku masa kedua, Kedah yang sudah membaca permainan Melaka menampilkan aksi tersusun bagi menjarakkan kedudukan dengan perbezaan mata lebih besar 19-12.

Situasi itu seolah-olah ‘membunuh’ semangat pemain-pemain Melaka apabila mereka lebih banyak melakukan kesilapan yang memberi kelebihan kepada Kedah untuk menamatkan suku masa kedua dengan 31-21.

Aksi pada suku masa ketiga juga tidak banyak berubah apabila kedua-dua pasukan berbalas serangan dengan masing-masing menambah 11 jaringan dan menyaksikan Kedah terus selesa mendahului 42-32.

Memasuki suku masa keempat, Kedah terus mengekalkan aksi kemas bagi memastikan Melaka tidak melakukan kebangkitan sebelum menamatkan perlawanan tersebut dengan keputusan 53-41.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI