fbpx

Bapa tiri tiada hak halang anak tiri berjumpa bapa kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seorang bapa tiri tidak berhak menghalang anak tirinya daripada berjumpa dengan bapa kandung mereka walaupun seteruk mana perangai lelaki berkenaan.

Menurut Peguam Syarie dan Konsultan Perundangan Islam, Fahmi Ramli, bapa kandungan berkenaan mempunyai hak untuk melawat dan bermesra kerana itu adalah zuriatnya.

“Itu adalah darah daging beliau (bapa kandung), tiada siapa pun boleh halang.

“Walaupun bapa kandung itu tidak pernah memberi nafkah, culas atau seteruk mana pun kelakuannya, dia tetap mempunyai hak untuk melawat dengan anak kandungnya,” jelasnya di laman Facebook.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, sekiranya ada pihak yang cuba menghalang bapa kandung berjumpa dengan anak mereka, lelaki berkenaan boleh memfailkan tuntutan di mahkamah.

“Sekiranya ini berlaku, bapa kandung boleh failkan tuntutan hak melawat dan bermesra di Mahkamah Tinggi Syariah, dapatkan perintah.

“Bila sudah ada perintah, siapa halang selepas ini dia akan dikenakan tindakan penghinaan mahkamah,” ujarnya.

Jelas beliau, perlu diingat bahawa bapa kandung adalah wali terbesar bagi anak-anaknya.

Jadi seharusnya, semua pihak perlu menghormati hak masing-masing terutamanya bapa tiri kerana anda tidak berhak menghalang anak tiri berjumpa dengan bapanya.

“Namun, bagi mengelakkan fitnah dan perasaan cemburu, eloklah pertemuan itu di kawasan awam dan terbuka,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI