fbpx

Peranti had aliran air dipasang di California

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG lelaki dilihat menyiram pokok di rumahnya di bandar Alhambra sehari selepas California mengisytiharkan darurat kekurangan air. - Frederic J. Brown/AFP via Getty Images

SACRAMENTO, CALIFORNIA – Kakitangan syarikat air daerah di selatan California, Amerika Syarikat dilaporkan telah mula memasang peranti untuk mengehadkan aliran di kediaman yang terlalu banyak menggunakan air, lapor agensi berita United Press International (UPI), kelmarin.

Syarikat air daerah perbandaran Las Virgenes (LVMWD) yang menjalankan perkhidmatan di barat Los Angeles termasuk Calabasas dan Agoura Hills telah memasang empat penghalang aliran air sejak Rabu lalu.

Peranti bersaiz kira-kira separuh wang satu dolar itu berfungsi mengurangkan jumlah air yang digunakan di sebuah rumah dan akan kekal selama sekurang-kurangnya dua minggu.

Penghuni yang mengalih keluar peranti berkenaan akan dikenakan denda sebanyak AS$2,500 (RM10,977).

Pegawai LVMWD, Mike McNutt memberitahu dia berharap peranti itu akan menunjukkan bahawa pegawai tidak akan bertolak ansur dengan penduduk yang menggunakan terlalu banyak air semasa musim kemarau yang teruk.

Syarikat itu juga memulakan sekatan siraman sekali seminggu dengan pengecualian siraman pokok dan tanaman lain menggunakan tangan, sistem pengairan tirisan dan kawasan dengan air kitar semula.

Pada April lalu, mereka memaklumkan bahawa jumlah air yang diperuntukkan untuk kegunaan luar akan dikurangkan daripada 75 peratus kepada 50 peratus berdasarkan keadaan kemarau selepas merekodkan musim sejuk paling kering selama tiga bulan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI