fbpx

Kedah Sunshine hadapi malang berganda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
NOOR MASLYDIA terpaksa meninggalkan gelanggang dengan berkerusi roda selepas mengalami kecederaan pada pergelangan tangan ketika menentang Selangor Angels semalam.

KEDAH Sunshine terpaksa membayar harga yang mahal terhadap kekalahan 36-64 kepada Selangor Angels pada saingan hari kedua Sooka Netball Super League (NSL) di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam.

Bukan sahaja mencatat ke­kalahan kedua berturut-turut, tetapi Kedah Sunshine juga kehilangan khidmat tonggak pertahanan berpengalaman, Noor Mas­lydia Mashhor pada awal suku masa pertama.

Maslydia, 36, terpaksa dikeluar­kan menggunakan kerusi roda disebabkan kecederaan serius di pergelangan tangan kiri selepas berlanggar dengan rakan sepasukannya, Tengku Puteri Nor Qayyum Tengku Azlan.

Ketiadaannya menyaksikan benteng pertahanan Kedah Sunshine mudah ditembusi dua shoo­ter Selangor Angels, Karishma S. Loganathan dan Siti Aminah Ahmad dengan keputusan 37-12 apabila tamat suku masa kedua.

Meskipun Kedah Sunshine cuba bangkit menerusi Izyan Syazana Mohd. Wazir, namun ketiadaan Maslydia sememangnya ‘melumpuhkan’ skuad bimbingan Huslina Hussain dalam aksi itu.

Faktor kepenatan juga menyelubungi barisan pemain Kedah Sunshine selepas tewas 24-63 kepada Johor Jewels kelmarin berbanding Selangor Angels yang masih segar kerana baru turun buat kali pertama semalam.

Ia terbukti apabila Karishma dan Siti Aminah bergilir-gilir menghasilkan jaringan buat Selangor Angels seolah-olah tidak merasai kehilangan shooter sensasi, An Najwa Azizan yang berhijrah ke Johor Jewels musim ini.

Kemenangan Selangor Angels menyaksikan skuad bimbingan Azizah Abu itu berada pada landasan tepat untuk ke separuh akhir sebagai empat pasukan terbaik liga sepusingan NSL bagi mengulangi pencapaian tempat ketiga musim lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI