fbpx

PPSN adakan sesi libat urus bersama golongan nelayan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PENDUDUK setempat menjalani ujian saringan kesihatan anjuran PPSN di Sungai Batu, Teluk Kumbar, Pulau Pinang.

GEORGE TOWN – Pusat Perkhidmatan Setempat Nelayan (PPSN) mengadakan sesi libat urus dengan golongan nelayan dan penduduk setempat baru-baru ini bagi mendapatkan pandangan mereka terhadap projek tambakan Pulau Pinang Selatan (PSR).

Ketua Pegawai Eksekutif Penang Infrastructure Corporation, Datuk Seri Farizan Darus berkata, lebih 45,000 orang telah terlibat dalam sesi libat urus tersebut.

”Pendekatan yang proaktif ini adalah selaras dengan visi Penang2030 yang mengutamakan kepentingan rakyat dalam projek pembangunan negeri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Selain itu, dalam perkembangan lain, PPSN juga telah mengadakan satu program pemeriksaan kesihatan percuma baru-baru ini di PPSN Sungai Batu.

Program tersebut dianjurkan bersama Paraclete Wellness Sdn. Bhd. untuk meningkatkan kesedaran masyarakat setempat terhadap kepentingan menjaga kesihatan diri dan keluarga.

Nelayan dan penduduk yang hadir berpeluang menjalani pemeriksaan kesihatan secara percuma. Antara pemeriksaan yang dijalankan termasuk ujian glukosa, berat badan, tekanan darah dan lain-lain.

Seorang nelayan, Saaroni Hassan, 72, dari Permatang Damar Laut berkata, program tersebut dapat membantu penduduk agar lebih memahami kepentingan menjaga kesihatan.

“Saya harap program ini dapat diadakan setiap tahun agar saya boleh menjalani pemeriksaan kesihatan setiap tahun,” ujarnya.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI