fbpx

Kanak-kanak lelaki curi perhatian, bersilat sembah pengantin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar aksi seorang kanak-kanak lelaki membuat persembahan silat sembah pengantin.

PETALING JAYA – Memiliki seni yang tersendiri, aksi seorang kanak-kanak lelaki membuat persembahan silat sembah pengantin yang merupakan tradisi Melayu berjaya mencuri perhatian orang ramai.

Menerusi perkongsian satu klip video di laman sosial norsyima memaparkan aksi kanak-kanak tersebut membuka langkah silatnya sebagai acara pembukaan di sebuah majlis perkahwinan baru-baru ini.

Walaupun tidak berpakaian lengkap, kanak-kanak berkenaan dilihat tetap bersungguh mengeluarkan bunga silatnya yang disifatkan sebagai penyeri majlis.

Susulan daripada itu, rata-rata orang ramai memuji ibu bapa kanak-kanak terbabit kerana berjaya mendidiknya dengan warisan budaya Melayu.

“Langkah segak dan teguh, semoga ada pewaris warisan Melayu kelak,” kata seorang pengguna laman sosial dikenali sebagai Eita.

“Takkan Melayu hilang di dunia. Tahniah ibu bapa kerana berjaya mendidik anak-anak. Kekalkan persilatan dan warisan Melayu,” seloroh Adib.

“Pandai adik ni silat. Semoga dapat mewarisi silat Melayu dan digunakan untuk perlindungan dan memberi bantuan kepada yang memerlukan, ujar Farid. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI