fbpx

1,844 kes baharu Covid-19 dilaporkan semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Jangkitan Covid-19 merekodkan 1,844 kes semalam termasuk tiga kes import, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4,512,040 kes.

Berdasarkan data pada laman web CovidNow, sebanyak 2,005 kes sembuh direkodkan dengan jumlah keseluruhan kes sembuh daripada Covid-19 sebanyak 4,453,313 kes.

“Kesemua kes harian tersebut dilaporkan di Selangor (813 kes), Kuala Lumpur (375 kes), Perak (129 kes), Negeri Sembilan (112 kes), Pulau Pinang (111 kes), Melaka (65 kes) dan Sabah (51 kes).

“Selain itu, Kedah (44 kes), Johor (39 kes), Sarawak (28 kes), Putrajaya (26 kes), Pahang (19 kes), Kelantan (14 kes), Terengganu (13 kes), Perak (lima kes) dan tiada jangkitan di Labuan,” demikian maklumat tersebut hari ini.

Dalam masa sama, satu kes kematian Covid-19 dilaporkan menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,681 kes serta tiada kes meninggal dunia di luar hospital atau brought in death (BID) dengan jumlah kes BID kekal 7,559 kes.

Sebanyak 23,046 kes aktif dilaporkan melibatkan 22,033 kes dikuarantin di rumah, 25 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 961 kes di hospital, 10 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 17 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI