fbpx

10,000 kakitangan Tesla akan dibuang kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELON Musk menghentikan pengambilan pekerja kerana mempunyai ‘perasaan buruk’ tentang ekonomi. - AFP

BANDAR RAYA NEW YORK – Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Tesla, Elon Musk memberitahu eksekutif tertinggi syarikat itu bahawa mereka perlu mengurangkan 10 peratus pekerja atau kira-kira 10,000 orang dan menghentikan pengambilan buat sementara waktu di seluruh dunia, lapor portal berita MailOnline semalam.

Bilionair itu menghantar emel dalaman tentang keperluan mengurangkan kakitangan di tengah-tengah prospek ekonomi yang suram akibat inflasi dan perang di Ukraine.

Tesla menggaji hampir 100,000 orang di syarikat itu dan anak syarikatnya pada akhir 2021, menurut pemfailan SEC tahunannya.

Bagaimanapun, mesej itu tidak menjelaskan punca kebimbangan Musk dan tidak mengulas sama ada ia akan menjejaskan pengambilalihan Twitter yang bernilai AS$44 bilion (RM193.2 bilion).

Saham Tesla turun serta merta dalam dagangan pra-pasaran berikutan komen yang dikeluarkan pada Khamis lalu. 

Harga saham syarikat kereta elektrik itu menjunam 3.3 peratus pada Jumaat lalu manakala Dow Jones merosot 0.5 peratus, S&P 500 susut 0.7 peratus dan Nasdaq jatuh 1.2 peratus.

Syarikat itu menghadapi satu lagi kemunduran ketika pengawal selia di AS menyiasat aduan mengenai sistem brek automatik pada kereta Model 3 dan Model Y keluaran Tesla.  

Lebih 700 pelanggan telah membuat aduan mengenai kenderaan mereka yang berhenti secara tiba-tiba ketika dalam perjalanan pada kelajuan tinggi. Bilangan itu dua kali ganda berbanding jumlah rungutan pada tahun lepas.

Musk telah memberi amaran dalam beberapa minggu kebelakangan ini tentang risiko kemelesetan. 

Arahan pembekuan pengambilan pekerja dan pengurangan kakitangan adalah mesej paling langsung dan berprofil tinggi seumpamanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI