fbpx

Remaja terselamat selepas nekad tumbuk kepala buaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR hiasan. Remaja itu berjaya melepaskan diri daripada gigitan buaya sepanjang 21.3 meter. – Alamy

NEW DELHI – Seorang remaja lelaki di India berjaya melepaskan diri dari gigitan seekor buaya apabila menumbuk kepala reptilia itu, lapor akhbar The Sun, kelmarin.

Om Prakash Sahoo, 14, berada bersama rakan-rakannya di sungai Kani di India apabila haiwan itu menerkam lalu menariknya ke dalam air.

Remaja yang ketakutan itu bagaimanapun mengumpul keberanian untuk memukul kepala buaya sepanjang 2.13 meter itu. 

Dia terpaksa bertarung selama lebih 10 minit untuk melepaskan diri daripada gigitan sebelum akhirnya berjaya melepaskan diri.

Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital sebelum dipindahkan ke pusat perubatan daerah Kendrapara Odisha, di mana dia kekal dalam keadaan stabil.

Ini adalah kejadian kali ketiga dalam tempoh sebulan seekor buaya telah menyerang seseorang di dalam dan sekitar Taman Negara Bhitarkanika di daerah Kendrapara, lapor NDTV. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI