fbpx

Petani tergamak rogol adik sampai mengandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA BHARU – Polis menahan seorang petani selepas dipercayai tergamak merogol adik kandungnya yang berusia 13 tahun sehingga mengandung 26 minggu.

Suspek yang berusia 21 tahun dicekup di rumahnya di sebuah kampung di sini semalam selepas polis menerima laporan daripada pegawai perubatan Hospital Kajang, Selangor kira-kira pukul 2 petang hari yang sama.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, berdasarkan keterangan pegawai perubatan itu, mangsa datang ke hospital berkenaan selepas mengadu sakit perut dan pemeriksaan mendapati remaja terbabit disahkan mengandung 26 minggu.

Menurutnya, mangsa merupakan pelajar tingkatan satu di sebuah sekolah menengah di sini dipercayai telah beberapa kali melakukan hubungan seks dengan abang kandungnya tanpa pengetahuan ibu bapa mereka.

“Ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah, namun mempunyai satu rekod jenayah lampau berkait kes dadah.

“Suspek telah ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Menurut Muhamad Zaki, polis menyeru semua ibu bapa, ahli keluarga dan guru untuk memberi perhatian keselamatan terhadap anak-anak di persekitaran masing-masing ekoran peningkatan kes jenayah seksual dalam kalangan remaja ketika ini.

Tambahnya, polis juga menggesa masyarakat untuk memberi kerjasama dengan menyalurkan maklumat terhadap segala perlakuan dan kegiatan jenayah di negeri ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI