fbpx
Radzi

Ujian akhir sesi akademik menengah rendah akan disediakan KPM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Bank soalan untuk semua mata pelajaran bagi ujian akhir sesi akademik melibatkan pelajar peringkat menengah rendah akan disediakan sepenuhnya oleh Kementerian Pendidikan (KPM).

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr. Radzi Jidin berkata, ia melibatkan pelajar tingkatan satu hingga tingkatan tiga.

“Ujian sumatif, ujian akhir sesi akademik, bank soalan untuk semua mata pelajaran disediakan KPM.

“Ini dapat mengurangkan kesukaran guru-guru untuk menyediakan kertas soalan di sekolah-sekolah, selain memastikan kita dapat maklumat yang lebih, tepat untuk kita buat analisa data-data yang ada bagi lebih lima juta murid di seluruh negara,” katanya ketika sidang akhbar khas hari ini.

POPULAR