fbpx

Pecca lantik Ken Nee sebagai CEO baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pecca mahu mempelbagaikan cabang perniagaan baharu ekoran kedudukan kewangan yang semakin kukuh.

PETALING JAYA – Pecca Group Berhad (Pecca) mengumumkan perlantikan Foo Ken Nee sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan berkuat kuasa semalam.

Menurut makluman kepada Bursa Malaysia, Ken Nee telah memiliki pengalaman lebih 20 tahun dalam beberapa industri utama iaitu farmaseutikal dan penjagaan kesihatan pengguna, khidmat nasihat korporat  pembuatan dan pengedaran rantaian bekalan.

Sebelum ini, beliau merupakan Pengarah Eksekutif anak syarikat Tropicana Corporation Berhad, Tropicana Golf & Country Resort Berhad dan bertanggungjawab ke atas pembangunan perniagaan baharu, operasi strategik dan pengurusan kewangan yang melibatkan pelbagai sektor industri.

Pengarah Urusan Pecca, Datuk Mohd. Kelvin Teoh Hwa Cheng berkata, pelantikan tersebut mencerminkan komitmen Kumpulan untuk memacu pertumbuhan  strategik dan peluang pengembangan.

“Dalam masa yang sama, Kumpulan dapat mengekalkan kedudukannya sebagai pemain upholsteri kulit automotif terbesar di Malaysia.

“Kami yakin di bawah kepimpinan beliau, perniagaan kami akan muncul lebih kukuh dan mencapai kejayaan yang lebih besar pada tahun-tahun akan datang,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini semalam.

Sebelum menyertai Tropicana, Ken Nee pernah berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Kewangan Pecca dari Januari 2019 hingga Mei 2021.

Selain itu, beliau juga pernah memegang jawatan kepimpinan kanan sebelum ini di beberapa syarikat multinasional seperti Pfizer, Zoetis, Zuellig Pharma dan PricewaterhouseCoopers. -KOSMO!ONLINE

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI