fbpx

Sorok RM132,000 dalam tin biskut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kamarul Zaman.

JOHOR BAHRU – Empat individu termasuk seorang wanita yang disyaki terlibat dalam kejadian samun bersenjata sebuah kedai pengurup wang di Jalan Lingkaran Dalam di sini, ditahan dalam beberapa serbuan di sekitar bandar raya ini, minggu lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, kesemua suspek yang ditahan itu berusia dalam lingkungan umur 30 hingga 42 tahun.

Beliau berkata, dua daripada suspek itu dipercayai merupakan individu yang melakukan perbuatan samun bersenjata itu di belakang kedai pengurup wang berkenaan pada 29 April lalu.

Katanya, kejadian tersebut berlaku berhampiran sebuah stesen minyak pada pukul 10.10 pagi semasa dua pekerja kedai berkenaan dalam perjalanan ke sebuah bank untuk membuat penukaran wang tersebut.

“Dua suspek lelaki yang menaiki motosikal melakukan samun bersenjata dengan menyerang dua pekerja kedai pengurup wang itu sebelum melarikan wang tunai tersebut.

“Salah seorang mangsa mengalami kecederaan di bahagian tangan kiri dan telah menerima 37 jahitan dalam kejadian samun ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kamarul Zaman berkata, susulan penahanan empat individu itu, polis telah menjumpai semula barang kes iaitu wang tunai SGD42,000 (RM132,000) disembunyikan dalam satu tin biskut – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI