fbpx

Cuaca buruk di utara Semenanjung dan Sabah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan keadaan hujan lebat, ribut petir dan angin kencang sedang melanda negeri-negeri di utara Semenanjung serta Sabah petang ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan cuaca buruk tersebut dilihat tertumpu di semua daerah di Perlis dan beberapa kawasan sekitar Kedah.

“Ia temasuklah Langkawi, Kubang Pasu dan Bandar Baharu.

“Selain itu, hujan lebat serta ribut petir turut melanda keseluruhan negeri Pulau Pinang ketika ini,” katanya di sini hari ini.

Tambah MetMalaysia, Pedalaman (Sipitang) turut menerima cerapan hujan pada petang ini melibatkan kawasan di Sabah.

Jelasnya, keadaan tersebut dijangka berlarutan sehingga malam ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI