fbpx

Tidak bayar parkir, kereta mainan budak kena tunda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video TikTok yang menunjukkan sebuah kereta mainan budak diangkut oleh trak tunda. - TikTok

LONDON – Satu rakaman video di Britain yang menunjukkan kereta mainan kanak-kanak ditunda menjadi tular dalam aplikasi TikTok, lapor portal berita MailOnline semalam.

Menerusi muat naik dalam akaun @Drose3pt, sebuah trak tunda dirakam mengangkut kereta mainan berwarna merah jambu  itu yang dipercayai kerana kesalahan meletak kenderaan di tempat tidak sepatutnya atau tidak membayar tiket parkir.

“Kasihan, pemandunya (kanak-kanak) mungkin singgah di kedai untuk membeli aiskrim,” tulis pengguna tersebut.

Video itu mencatat lebih 170,000 tontonan  dan menerima 36,000 tanda suka.

Seorang pengguna media sosial meninggalkan komen berseloroh mengatakan bahawa majlis bandar raya di London akan menunda apa sahaja.

“Pasti pegawai tiket parkir mendapat bonus lebih pada bulan ini kerana berjaya menyaman kereta mainan.

“Ini adalah pengajaran kepada kanak-kanak bahawa tiada benda percuma di dunia ini,” kata seorang lagi netizen. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI