fbpx

Produk mentega kacang jenama Jif tercemar bakteria Salmonella

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Produk mentega kacang jenama Jif dikhuatiri tercemar dengan bakteria Salmonella.

PUTRAJAYA – Syarikat pengimport produk mentega kacang jenama Jif, diarahkan menarik balik produk itu ekoran dikhuatiri tercemar dengan bakteria Salmonella.

Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan (KKM), Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, arahan itu dibuat selepas KKM mengambil maklum berkaitan penarikan balik produk mentega jenama berkenaan dari pasaran Amerika Syarikat.

Katanya, pemakluman mengenai bakteria itu diterima melalui notifikasi yang diterima dari International Food Safety Authorities Networks (INFOSAN).

“Pihak Berkuasa Dadah dan Makanan, Amerika Syarikat (FDA) mengarahkan produk mentega kacang berjenama Jif dengan nombor kumpulan antara 1274425 hingga 2140425 iaitu hanya membabitkan tiga digit terakhir 425, ditarik balik kerana tercemar dengan bakteria Salmonella.

“Produk mentega kacang tersebut telah diedarkan ke beberapa negara seperti Kanada, Thailand, Honduras, Sepanyol, Jepun, Korea, Taiwan, Singapura dan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau, melalui semakan KKM ke atas data Food Safety Information System of Malaysia (FoSIM), ia mengesahkan produk mentega kacang berjenama Jif ada diimport ke negara ini.

Katanya, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan diarah memantau di semua pintu masuk negara bagi memastikan tiada produk terlibat memasuki ke negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI