fbpx

Anak hanya boleh minum susu khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Norsilawati melihat keadaan Muhammad Norhanif yang menderita penyakit lebihan cecair dalam otak ketika ditemui di Taman Bayu Damai, Pengerang baru-baru ini.

KOTA TINGGI – Tidak dapat digambarkan mengenai bebanan yang dipikul oleh seorang ibu apabila terpaksa berkorban segala-galanya untuk menjaga anak­nya yang menderita pe­nyakit le­bihan cecair dalam kepala sejak 24 tahun lalu.

Norsilawati Mohd Yudin, 50, berkata, anaknya Muhammad Norhanif Helmi Amran, 24, di­sahkan menghidap penyakit itu ketika usianya lima bulan.

Katanya, anak kedua dari lima beradik itu dilahirkan normal dan tidak mempunyai sebarang masalah sepanjang di dalam kandungan.

“Ketika usianya lima bulan, Muhammad Norhanif demam sebelum diserang angin pasang hingga lehernya tidak boleh tegak. Ketika itu saya juga dapat melihat perubahan pada kepalanya terutama pada dahinya.

“Muhammad Norhanif ketika itu menangis tidak berhenti. Kebetulan kami baru berpindah rumah pada awalnya bimbang kerana ada gangguan di rumah tersebut, namun rupanya petanda dia menghidap penyakit itu,” katanya ketika ditemui di Taman Bayu Damai, Pengerang di sini.

Menurut Norsilawati, doktor menyarankan supaya dilakukan pembedahan, namun kami enggan kerana bimbang dengan keadaannya yang masih bayi.

Tambahnya, Muhammad Norhanif masih menerima rawatan susulan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru ekoran ukur lilit kepala­nya yang semakin membesar.

“Pembedahan tidak dapat dilakukan kerana tempurung kepalanya yang sudah keras dan mengundang risiko lain. Anak hanya bergantung pada susu khas yang disalurkan melalui badannya,” katanya.

Ujar Norsilawati, anaknya memerlukan sehingga 14 tin susu sebulan yang berharga RM72 setiap satu selain memerlukan lampin pakai buang dan suplemen yang menelan kos RM1,800 sebulan.

“Saya menjual ketupat palas untuk menambah pendapatan suami yang bekerja di syarikat swasta. Kami juga ada anak yang masih bersekolah,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurkan sumbangan ke akaun Muhammad Norhanif 01153-41-000078545 (Bank Nasional Berhad) atau hubungi talian 017-767 6458.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI