fbpx

JHEAIK siasat ritual amalan khurafat di Gunung Jerai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar daripada satu video berdurasi seminit yang tular di TikTok sejak beberapa hari lepas

ALOR SETAR – Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman (JHEAIK) menyiasat satu ritual amalan khurafat dipercayai dilakukan di atas Gunung Jerai yang tular di media sosial.

Menurut Pengarahnya, Datuk Mohd. Yusri Daud berkata, pihaknya menerima aduan berkaitan perkara itu daripada orang ramai ekoran video berdurasi seminit yang tular beberapa hari lalu.

Katanya, JHEAIK memandang berat dan menyiasat aduan tersebut mengikut Seksyen 4 dan Seksyen 7 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Kedah Darul Aman) 2014 atas kesalahan doktrin palsu dan menghina atau menyebabkan dipandang hina agama Islam.

“Jika sabit kesalahan, Seksyen 4 memperuntukkan denda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau disebat tidak melebihi enam sebatan atau dihukum dengan mana-mana kombinasi hukuman itu.

“Manakala Seksyen 7 Enakmen yang sama memperuntukkan denda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah beliau, pada masa yang sama, JHEAIK melalui Bahagian Penyelidikan akan terus mengadakan siri-siri penerangan di seluruh negeri berkaitan bahaya amalan khurafat kepada masyarakat. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI