fbpx

Gempur kilang cuci tong terpakai penyebab sungai jadi biru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai penguat kuasa melakukan pemeriksaan terhadap tong yang dicuci premis tersebut sehingga sungai bertukar warna biru.

KLANG – Misteri sungai biru yang pernah melanda Sungai Aur di Pangsapuri Taman Permai Indah, Pandamaran, tahun lalu akhirnya terbongkar apabila dipercayai berpunca daripada kegiatan haram sebuah premis cucian tong terpakai.

Dalam serbuan kira-kira pukul 5 petang hingga 8 malam di premis yang terletak di daerah ini, menemui ratusan tong terpakai yang mahu dicuci di satu ruang terbuka di lokasi tersebut.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar Selangor, Nor Aziah Jaafar berkata, hasil pemeriksaan turut menemukan aliran air berwarna biru turut di longkang di luar premis sehingga ke longkang besar berhampiran.

“Kegiatan mencuci tong-tong terpakai berisi sisa kimia yang dikategorikan sebagai buangan terjadual dengan kod SW409 tersebut dijalankan tanpa sebarang kelulusan daripada JAS.

“Premis itu dikenakan notis Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) mengikut Seksyen 38(1)(a) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 bagi menghentikan pencemaran dan siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pihaknya turut mengekuarkan kompaun keseluruhan bernilai setengah juta ringgit telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI