fbpx

Pintu masuk antarabangsa diawasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Noor Azmi (dua dari kiri) memotong riben bagi menyempurnakan Majlis penyerahan Pusat Transformasi Perikanan My Komuniti Perikanan di Kampung Tepi Kolam Bukit Merah di sini hari ini.- Foto oleh WAT KAMAL ABAS

BAGAN SERAI – Pengawasan disemua pintu masuk antarabangsa diperketatkan bagi mengelak penularan wabak virus cacar monyet yang berlaku di luar negara.

Bagi tujuan itu, Bahagian Kawalan Penyakit Kementerian Kesihatan (KKM) telah diminta untuk mengumpul sampel dan mengenalpasti penumpang yang menunjukkan simptom bagi mengawal penyakit itu.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata, ujian saringan termasuk pemeriksaan suhu akan dijalankan terhadap pengembara asing di semua pintu masuk antarabangsa terutama pengembara dari Eropah dan Afrika.

“Bagi virus Monkeypox atau cacar monyet ini kita lebih berhati-hati di pintu masuk seperti di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan sebagainya.

“Sehingga kini tiada sebarang kes dicatatkan dan kementerian tidak pernah melindungi sebarang maklumat berkaitan virus ini dari pengetahuan rakyat,” katanya.

Beliau ditemui selepas Majlis Penyerahan Pusat Transformasi Perikanan (FTC) My Komuniti Perikanan di Kampung Tepi Kolam Bukit Merah, di sini hari ini.

Virus cacar monyet telah menyerang beberapa buah negara termasuk Kanada, Sepanyol, Portugal, Sweden, Perancis, Itali, Amerika Syarikat, Switzerland dan Austria.

Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengesahkan lebih 100 kes positif virus itu dilaporkan diseluruh dunia. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI