fbpx

Guru hantuk kepala pelajar di meja kerana tertidur dalam kelas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TANGKAP layar memaparkan tindakan seorang guru di China yang menghantuk kepala seorang pelajar ke meja berulang kali kerana tertidur di dalam kelas. – Douyin.com

BEIJING – Seorang guru di China telah diarahkan bercuti selepas dia dirakam memukul seorang pelajar yang didakwa mengantuk semasa di dalam kelas, lapor akhbar Daily Star semalam.

Pelajar sekolah menengah yang hanya dikenali dengan nama keluarga Liu itu telah dibawa ke hospital untuk pemeriksaan. Kejadian berlaku di bandar Zhaotong, wilayah Yunan.

Menerusi rakaman kejadian, guru bernama Ma itu dilihat menarik rambut pelajar tersebut dengan kuat lalu menghantuk kepalanya ke meja berulang kali. 

Pelajar itu kemudian diheret dari kerusi dan dipaksa berdiri di hadapan kelas sambil dilihat oleh pelajar lain yang ketakutan. Dia kemudian ditolak jatuh ke atas lantai lantas belakang badannya dipijak. 

Video yang dirakam pada 10 Mei lalu itu kemudian disahkan oleh pegawai daerah Ludian selepas siasatan dijalankan di Sekolah Menengah No.2 daerah Ludian.

“Video seorang guru memukul pelajar sekolah di Zhaotang, wilayah Yunan telah tular di internet. Klip itu merakamkan kejadian yang benar-benar berlaku pada 10 Mei lalu di Sekolah Menengah No.2 daerah Ludian.

“Selepas kejadian, Biro Pendidikan dan Sukan daerah Ludian terus menghantar pelajar bernama Liu itu ke hospital daerah untuk pemeriksaan. 

“Tiada kecederaan dalam pemeriksaan awal dan mangsa dihantar kembali ke sekolah untuk belajar,” demikian kenyataan rasmi mengenai kejadian terbabit. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI