fbpx

Orang ramai berang punca penganjur batal majlis bersama bekas aktres filem dewasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Respons negatif yang diterima daripada orang ramai telah memaksa pihak penaja lokasi majlis untuk membatalkan acara tersebut. – Instagram

JAKARTA – Satu majlis bertemu peminat bekas pelakon filem dewasa yang popular di Indonesia dan dijadual berlangsung di Jakarta pada Jun ini terpaksa dibatalkan selepas menerima banyak aduan serta kecaman orang ramai, lapor portal berita Coconuts.

Pelakon wanita tersebut dijadualkan tiba di Jakarta untuk menghadiri majlis makan malam gala di Hotel Four Seasons pada 5 Jun ini.

Ketua bahagian Penyeliaan dan Kawalan di Agensi Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Jakarta, Iffan berkata, pihak penganjur majlis tidak pernah menghantar permit untuk mengadakan acara tersebut.

Majlis makan malam itu dianjurkan syarikat Repezen Nada Entertainment, yang dimiliki oleh pesohor media sosial dan deejay, Evelin Nada Anjani.

Menurut Pengurus Eksekutif syarikat itu, Michael Prawira, respons negatif yang diterima daripada orang ramai memaksa pihak penaja lokasi majlis untuk membatalkan acaranya.

“Pihak hotel tidak bersetuju (dengan rancangan majlis makan malam) disebabkan respons kurang menyenangkan yang diterima daripada pelbagai pihak.

“Selepas membuat penilaian, kami mendapati bahawa ini bukanlah masa yang sesuai untuk menganjurkan acara seumpama itu,” kata Michael.

Seperti yang dipromosikan dalam posternya,  acara itu dijadualkan berlangsung di Hotel Four Seasons pada 5 Jun ini  dengan kapasiti tetamu hanya 50 orang.

Harga tiket adalah AS$1,020 (RM4,474) tidak termasuk cukai. Ia  membolehkan tetamu makan malam bersama selama dua jam, bersembang dan merakam swafoto dengan aktres tersebut di samping mendapatkan tandatangan dan memorabilia.

Dalam pada itu, Gabenor Jakarta, Anies Baswedan telah digesa agar tidak meluluskan permit penganjuran acara itu kerana ia dilihat akan mencemarkan karier politiknya.

Anies digembar-gemburkan akan menjadi calon bagi pilihan raya Presiden Indonesia pada 2024. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN