fbpx

Hos Indonesia mahu bergandingan dengan Miyabi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Vicky meluahkan rasa terujanya setelah menerima ucapan dan pelawaan daripada Maria Ozawa untuk berkolaborasi dengannya. - Instagram Vicky Prasetyo dan Maria Ozawa/Tribun News

JAKARTA – Pelawak dan pengacara terkenal Indonesia, Vicky Prasetyo mendedahkan bakal berkolaborasi dengan bekas bintang filem dewasa dari Jepun, Maria Ozawa (Miyabi) bagi menghasilkan kandungan video di YouTube, lapor laman berita Suara.com semalam.

Dalam satu hantaran yang dimuat naik di akaun Instagramnya, Ozawa membuat ucapan khas untuk Vicky dan berterima kasih kepada pelawak itu kerana menjadi peminatnya.

Dia turut mengakui telah mengikuti akaun Instagram Vicky.

“Hai Vicky. Saya Maria Ozawa dan saya dengar kamu ialah peminat saya. Saya gembira mendengarnya.

“Saya berharap selepas berakhirnya pandemik ini, saya boleh pergi ke Indonesia untuk berjumpa kamu dan berkolaborasi untuk kandungan YouTube serta apa-apa sahaja yang kamu mahu,” katanya dalam video tersebut.

Vicky yang dikenali dengan nama julukan ‘Gladiator’ itu meluahkan rasa terujanya setelah menerima ucapan dan pelawaan tersebut.

“Sekarang anda semua tahu kenapa saya digelar Gladiator. 

“Terima kasih kerana mengikuti akaun Instagram saya, Ozawa. Saya tunggu kedatangan kamu ke Indonesia!” tulisnya pada hantaran video tersebut.

Video itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen dengan ramai yang kagum dengan skil ‘memikat’ Vicky serta berseloroh mengenainya.

“Vicky, latihlah saya menjadi anak murid kamu dan turunkanlah ilmu kepada saya,” tulis seorang pengguna. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI