fbpx

Malaysia bertegas pindaan IHR perlu hormat kedaulatan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KHAIRY Jamaluddin Abu Bakar ketika berucap pada sesi Jawatankuasa B Perhimpunan Kesihatan Sedunia di Geneva, Switzerland hari ini. - Foto ihsan Kementerian Kesihatan

PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia menegaskan pendiriannya agar sebarang pindaan ke atas Peraturan Kesihatan Antarabangsa (IHR) wajar menghormati kedaulatan sesebuah negara.

Perkara tersebut disuarakan oleh Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar ketika berucap pada sesi Jawatankuasa B, Perhimpunan Kesihatan Sedunia ke-75 di Geneva, Switzerland hari ini.

“Apa-apa pindaan terbaharu kepada IHR perlulah ada perasaan penghormatan kepada prinsip kesaksamaan, kebertanggungjawaban, ketelusan dan kedaulatan negara anggota,” katanya.

Menerusi teks ucapan beliau yang dikeluarkan di sini, Malaysia mendesak agar pindaan itu lebih bersifat jujur dan tuntas terutama isu melibatkan kepentingan maklumat kesihatan awam.

Perhimpunan secara bersemuka julung kali selepas era pandemik Covid-19 itu berlangsung dari Ahad lalu sehingga Sabtu ini dan dianjurkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Program forum yang diasaskan sejak 1948 itu ialah badan pembuat dasar tertinggi dan dihadiri oleh semua menteri kesihatan dari 194 negara di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB). – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI