fbpx
KIARA ADVANI

Kiara Advani terharu dipuji wanita warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PELAKON Kiara Advani masih tidak dapat melupakan pujian yang diterimanya daripada seorang wanita warga emas penangan lakonannya dalam filem Kabir Singh beberapa tahun lalu.

Ujar Kiara, dia sungguh tersentuh dengan pujian penuh ikhlas daripada wanita tua yang ditemuinya dalam sebuah majlis perkahwinan sekitar dua tahun lalu.

“Ketika saya sedang makan, datang seorang wanita tua yang saya fikir mahu bergambar dengan saya. Wanita tua itu kemudiannya berkata dia bukan mahu bergambar, sebaliknya hendak memuji lakonan saya dalam filem Kabir Singh.

“Katanya, lakonan saya sebagai Preethi begitu menyentuh hatinya,” ujar pelakon berusia 29 tahun itu.

POPULAR