fbpx

22 etnik Rohingya dicekup tunggang motosikal diubah suai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTARA motosikal serta penunggang etnik Rohingya yang ditahan dalam Operasi Khas Motosikal Roda Tiga di sekitar Johor Bahru, Johor semalam.

JOHOR BAHRU – Polis menahan seramai 22 warga asing etnik Rohingya kerana menunggang motosikal yang diubah suai dan secara berbahaya dalam Operasi Khas Motosikal Roda Tiga di sekitar kawasan bandar raya ini, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid berkata, sebanyak 54 saman telah dikeluarkan terhadap penunggang motosikal terbabit bagi pelbagai kesalahan.

“Sepanjang operasi tersebut, pihak polis telah berjaya menahan sebanyak 22 buah motosikal roda tiga yang telah diubah suai dan ditunggang oleh warga asing berbangsa Rohingya.

“Ketika pemantauan dibuat, mendapati penunggang motosikal ini membawa barang-barang lusuh untuk dijual di kedai kitar semula dan menunggang secara bahaya serta mengganggu pengguna jalan raya yang lain,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Rupiah berkata, dalam operasi tersebut, 22 saman dikeluarkan mengikut seksyen 26 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana tiada lesen memandu dan 10 saman dikeluarkan mengikut seksyen 90 Akta yang sama kerana tiada perlindungan insurans kenderaan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI