fbpx

RB Leipzig unggul rangkul Piala Jerman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LEIPZIG melakar sejarah apabila muncul juara Piala Jerman buat kali pertama selepas menundukkan Freiburg menerusi penentuan sepakan penalti. – AFP

BERLIN – Pasukan Red Bull Leipzig akhirnya berjaya menamatkan badi dengan menjulang trofi Piala Jerman buat kali pertama dalam sejarah selepas meraih kemenangan ke atas Freiburg hasil penentuan sepakan penalti 4-2 selepas kedudukan terikat 1-1 pada masa tambahan.

Pada pentas final yang dilangsungkan di Stadium Olimpik itu, Leipzig terpaksa bermain de­ngan 10 pemain apabila tonggak pertahanan, Marcel Halstenberg dila­yangkan kad merah pada awal babak kedua sebelum seorang lagi pemain mereka, Kevin Kampl turut diarahkan keluar pada penghujung masa tambahan.

Gol pasukan Freiburg dipe­roleh melalui Maximilian Egge­stein pada minit ke-19 sebelum Leipzig menyamakan kedudukan hasil jaringan penyerang sensasi, Christopher Nkunku pada penghujung babak kedua untuk mengheret saingan ke masa tambahan.

Pengendali Leipzig, Dome­nico Tedesco mengakui apa yang dipamerkan oleh pasukannya cukup luar biasa kerana bukan mudah untuk bersaing di pentas final dengan 10 pemain pada sebahagian besar perlawanan.

“Anak-anak buah saya telah membuktikan tiada apa yang mustahil kerana kita telah ber­aksi dengan 10 pemain pada awal babak kedua selain ketinggalan 0-1. Namun, kita bangkit untuk mengheret perlawanan ke masa tambahan sebelum menang hasil sepakan penalti.

“Pujian juga harus diberikan kepada bekas jurulatih, Jesse March kerana beliau juga menjadi sebahagian daripada kami apabila membantu pasukan menang pada pusingan awal,” kata Tedesco yang dilantik pada Di­sember lepas. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI