fbpx

Jangan main gila! Caprice ajak lelaki kacau isterinya bersemuka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KIRIMAN mesej menerusi WhatsApp yang dihantar seorang lelaki kepada isteri Caprice.

PETALING JAYA – Penyanyi rap Daddcycap memberi amaran kepada seorang lelaki yang mengganggu isterinya, Fara Inalis menerusi kiriman mesej dalam WhatsApp.

Ujar Daddycap atau sebelum ini dikenali sebagai Caprice, tindakan lelaki itu sangat melampaui batas kerana mengganggu privasi dan keselamatan isterinya.

Justeru, dia memberi tempoh selama 24 jam (bermula semalam) kepada lelaki itu untuk mencarinya dan membuat permohonan maaf secara bersemuka dengannya.

“Saya tak kisah kalau benci saya. Tetapi kalau anda mula mengganggu isteri atau anak saya, hubungi dia pada pukul 9 malam atau hantar mesej dalam WhatsApp, itu dah dikira melampaui batas.

“Anda dah kacau kehidupan peribadi isteri saya. Sebab saya akan mula fikir soal keselamatan isteri dan anak. Jadi saya beri masa selama 24 jam untuk cari saya dan minta maaf secara berdepan,” katanya dalam sebuah video Instagram dimuat naik malam tadi.

Menerusi perkongsian tersebut, Caprice menunjukkan bukti berupa kiriman mesej yang dihantar lelaki terbabit kepada isterinya berbunyi “Elis, I like your selfie.” dan “Huh, comeynya.”

Ujar Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 34, ini bukan kali pertama lelaki itu mengganggu Isterinya kerana sebelum ini dia pernah melakukan perbuatan tersebut.

Bagaimanapun, penyanyi dan juga aktivis kemanusiaan itu berkata, sebelum ini dia dan isterinya menganggap lelaki itu mungkin gila dan sekadar memberi amaran biasa agar menghentikan perbuatan tersebut.

Menerusi ruangan komen, Caprice berkata, lelaki terbabit mendapat maklumat peribadi Inalis menerusi beberapa laman web kerana isterinya sebelum ini menjual produk Coway dan nombor tersebut masih digunakan untuk urusan bisnes yang diusahakannya sekarang.

“Kali pertama dia mesej isteri saya, kami fikir mungkin dia ini gila. Jadi saya bagi dia amaran.

“Tapi tak, hari ini (semalam) dia hantar lagi mesej kepada isteri. Jadi kalian, jangan main gila terutama kalau melibatkan keluarga,” tegasnya yang turut mendedahkan nama, nombor telefon serta gambar pengacau isterinya.

Tindakan Caprice yang tegas melindungi keselamatan isterinya mendapat pujian netizen yang mengagumi sikap penyanyi itu memainkan peranan dan tanggungjawab dengan betul sebagai seorang lelaki serta suami.
Menerusi satu lagi hantaran berbeza, Caprice turut bertanyakan apakah hukuman dan tindakan sewajarnya yang harus diambil terhadap individu, khususnnya lelaki yang suka melakukan gangguan seksual terhadap isteri orang.

Terdahulu Caprice dan Inalis mendirikan rumah tangga pada pertengahan November 2021 lalu dalam sebuah majlis tertutup.

Sejak menikahi wanita tidak bertudung, Caprice juga sering diperli tidak pandai memimpin isteri untuk menjaga aurat dan aib suami dalam media sosial. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI